Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts
Sunday, January 22, 2012
Definisi cinta itu biar betul.
Mangsa pendefinisian cinta yang silap, kata Hilal Asyraf. aku pun sama. sejak remaja aku ditanamkan dgn perasaan ingin bercinta. melihat kawan2ku berkapel sana sini. sampai aku sendiri pun berazam untuk mencari pasangan semasa di universiti. tapi sejak sekeping risalah yang bertajuk Kapel itu Haram diedarkan semasa dalam kuliah di matrikulasi, perasaan ingin berkapel tu pun seakan hilang, namun, aku tak nafikan fitrah cinta yang hadir dalam diri. bila disogok dgn cerita2 cinta, perasaan itu mmg hadir. walaupun hakikatnya cinta yg aku rasa spt bertepuk sebelah tangan. namun, niat itu masih ada untuk menyulam kasih dgn pegangan cinta yang halal. berbalik kepada cerita masalah pendefinisian cinta yang silap, kapel itu memang dah sah2 haram, tapi jangan nafikan cinta sebelum kawen. ibarat kata hilal asyraf " Cinta sebelum kahwin yang sebenar pada saya adalah persediaan diri, persiapan emosi, peningkatan kematangan, pemantapan ibadah dan usaha untuk mempersiapkan diri dalam hal kewangan. Itulah dia cinta sebelum berkahwin. Orang yang benar cinta akan pasangannya, akan mempersiapkan diri. Akan meletakkan target, bila hendak berkahwin. Orang yang benar cinta akan pasangannya, akan berta’aruf dan merapatkan diri dengan ayah dan ibu bakal isterinya." dan AKU SETUJU!! umat sekarang silap mentafsir cinta. jadi, cari dulu definisi cinta (mesti hendak bersama ke syurgaNya) sebelum BERCINTA~ peace yaw~
Subscribe to:
Posts (Atom)