Wednesday, May 20, 2009

haiyya 'alassolah..

taken by Al-Iman Wal-Hayah, nice post!

Su, dah lama aku melupakan kau.
Tak macam dulu.Contohnya tadi, aku betul-betul lupa,Su. Pagi tu, aku bangun lambat.Dekat-dekat pukul lapan. Kelam kabut aku bersiap untuk pergi kelas,mana tidaknya, malam tadi aku tidak tidur semalaman. Assignment bertimbun.Report makmal latihan la,tutorial la, tesis la.Tu belum lagi dengan preparation kuiz esok. Lecturer-lecturer ni pun satu,macam dah pakat ramai-ramai je nak bagi assignment banyak-banyak. Diaorang ingat aku ni apa? Robot ke? Menyesal aku tak siapkan awal-awal assignment tu.Kalau tak, takdelah jadi macam ni. Minta maaf, Su.Aku bukannya tak nak jumpa kau, tapi kau faham-faham je lah keadaan aku.Bukan kau sorang je aku lama tak jumpa,Su.


Zu pun lama aku tak jenguk. Kesian Zu. 'Sorry' bebanyak la, Zu. Aku sekarang lambat balik kelas. Pukul satu. Tu pun kalau takde kelas petang. Kalau ada kelas petang,harus aku terpele'ot. Balik je, lapar-lapar tu, aku terus je pergi kafe. Nak buat macam mana, perut dah meragam minta diisi.
Lepas pekene nasi campur, aku tak lengah,terus tidur. Kadang-kadang sekejap,biasanya lama. Aku tahu, Zu. Dulu aku rajin jumpa kau 'time-time' macam ni, tapi sekarang aku pun tak tau kenapa aku tak dapat jumpa kau. Aku takde masa, Zu.

As, kau sorang lagi kawan rapat aku dulu. Nampak macam aku dah mengabaikan kau aje sekarang ni. Aku sibuk, As.
Petang-petang aku pergi 'library', 'study'. Takpun, ada meeting time tu. Kau kan tau, aku presiden Kelab kat Kolej. Kejap-kejap ada je program. Aku kene jaga anak-anak buah aku tu. Diaorang tu bukan tau sangat buat keje. Meeting' pulak tu, bukan tau nak sekejap, mesti lajak sejam dua punya. Kalau meeting 'start' pukul 4, harus pukul 6 baru 'settle'. Tu belum kira borak-borak kosong lagi. Diaorang ni, kalau 'meeting' tak lama, tak mahasiswa la kononnya.

Mag pun aku dah ingat-ingat lupa. Agaknya sebab engkau ni ganjil, kot. Yang lain tak ganjil macam kau. Macam mana aku nak jumpa kau, Mag. Sekarang ni, latihan sukan tengah giat. ’Coach’ nak pilih pemain-pemain handal aje untuk 'team' dia. So, latihan pun dipanjangkan.
Aku pulak, mestilah berlatih bersungguh-sungguh. Aku dulu pemain sekolah. Kalau aku tak terpilih, malu besar la aku. Mana aku nak letak muka aku ni. Kawan-kawan aku semuanya minat sukan. Diaorang semua balik lewat. Main sampai hari gelap. Kalau aku balik awal, alamat balik sorang-sorang la aku. Aku dah la menumpang motor orang. Balik aje dari latihan, aku tak terus mandi. Mana boleh mandi masa berpeluh, panau nanti. Agak-agak penat dah hilang, baru aku mandi. Lepas mandi, member-member aku semua ajak keluar makan.

Aku tahu ada temujanji dengan Is malam ni, pukul lapan setengah. Tapi member-member aku dah tunggu. Kalau aku tak pergi, nanti diaorang kata aku sombong la,macam-macam. Tu yang aku tak nak dengar tu. Dah tu kita orang lepas makan, sembang la pulak. Lepas satu topik, satu topik keluar. Balik lewat malam. Layan pulak VCD pelbagai cerita lepas tu dengan member-member. Is,'sorry'. 'Last-last',semuanya aku tinggalkan.

Kawan-kawan semua, untuk pengetahuan korang,nama sebenar kawan- kawan aku tu, Su,Zu,As,Mag dan Is masing-masing adalah Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak.
Korang semua janganlah jadi macam aku. Jagalah mereka dengan sepenuh jiwa dan raga. Mereka semua adalah 'kawan' kita yang sebenar,yang akan "backing" kita kat akhirat nanti.

Semoga menjadi pengajaran dan iktibar kepada kita semua.Wallahua'lam..