Berkata Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi
“Mengenai malam Nisfu Sya’ban, tidak terdapat hadith-hadith yang sampai ke darjat sahih, di sana terdapat hadith-hadith yang dikatakan Hasan menurut sebahagian ulama’, dan terdapat sebahagian ulama’ pula yang menolaknya dan mengatakan bahawa tidak terdapat sebarang hadith sahih mengenai malam Nisfu Sya’ban, sekiranya kita mengatakan hadith tersebut hasan, maka kesemua yang datang dari Nabi :saw adalah berdo’a pada malam tersebut, dan beristighfar kepada Allah swt. Mengenai sighah atau bacaan do’a khusus (yang dibaca pada malam tersebut) tidaklah ia bersumber dari Nabi :saw. Do’a yang dibaca oleh sebahagian orang di beberapa Negara, dicetak dan diedarkan, Do’a tersebut tidak ada sumbernya (dari hadith sahih) dan ia adalah salah….” [Fataawa Mu'asyirah, 1/379, cetakan: Dar al-Qalam, 2001]
Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi menyebut lagi : “aku teringat semasa kecil dahulu didalam tradisi masyarakat mereka, dimana mereka akan melakukan solat 2 rakaat bagi tujuan panjang umur, dua rakaat lagi dengan niat menjadi kaya dikalangan manusia, dan seterusnya membaca surah YASIN dan disempurnakan dengan solat 2 rakaat…begitulah seterusnya.” [Fataawa Mu'asyirah, 1/380, cetakan: Dar al-Qalam, 2001]
Apa yang boleh kita simpulkan dari perkataan Dr Yusuf al-Qaradhawi adalah :-
a. Tidak terdapat hadith sahih yang menjelaskan tentang fadhilat Nisfu Sya’ban.
b. Ada sebahagian ulama’ yang mengatakan bahawa wujudnya hadith-hadith yang sampai ke taraf hasan, dimana skopnya adalah mengalakkan BERDO’A dan MEMOHON AMPUN dari Allah swt.
c. Tidak terdapat bacaan do’a KHAS sempena malam Nisfu Sya’ban, malahan beliau mengatakan do’a tersebut menyalahi uslub (style) berdo’a.
d. Tidak terdapat solat khas sempena malam tesebut, dan solat al-Raghaaib ini juga telah disanggah oleh Imam Nawawi rh. Ibn Taimiyah rh mengatakan solat 100 rakaat pada malam tersebut adalah bid’ah.
e. Bacaan surah YASIN yang diamalkan pada malam tersebut bagi tujuan panjang umur, dsb, tidak tsabit langsung dari Nabi :saw. [Dr Ahmad Syurbasi, Yasalunak, 4/329]
Bagaimana beramal dalam bulan sya’ban:
3 comments:
ingat nk pose arini..
tp x kesampaian pule..
hrp2 jumpe lg nifsu syaaban taon depan~
huhuh
amin...insyaallah..smela kte.. aku pun x kesampaian.. yg lain sume posa..aku x.hmm phm2 jela. pompuan.hahha
ouh..
phm2...
sgt phm..
hihi..=)
tp yg best nye..
ak ttp same2 berbuka skali cam
owg yg pose..
nasi goreng minang satoooo!!
Post a Comment