Cinta..satu benda yang halus untuk ditafsirkan. Aku cinta padamu, I love you, itu semua satu ungkapan menafsirkan diri ini amat cintakan seseorang itu. Tak semua cinta manis. Tapi tak semua juga cinta itu pahit. Semua bergantung dengan keadaan. Orang kata cinta itu buta. Semua yang jahat ada pada dia, kita tak nampak. Kalau kita nampak pun kita buat-buat tak nampak. Tapi setiap orang ada kelebihan, tak kurang juga kelemahan. Sebab tu kita terima seadanya seseorang yang kita cinta.
Aku, tak pernah bercinta. Tapi mungkin juga pernah menyintai. Mungkin itu cuma satu obsesi atau keinginan yang disalahtafsirkan sebagai cinta. Allah saja yang tahu. Jodoh. Satu perkara yang sangat maya. Sebab Allah juga yang tahu siapa jodoh kita. Kita sebagai manusia dan hamba hanya mampu berdoa tentang jodoh. Doa agar jodoh kita adalah seseorang yang beriman dan dapat membimbing kita untuk menjadi umat yang lebih baik. Setia, itu pun harus kita doakan. Sebab setiap manusia tak boleh lari dari membuat kesilapan. Semoga jodoh kita setia dengan kita tidak kira apa yang terjadi. Ikhlas. Kita sebagai manusia kena ikhlas menerima apa yang ditentukan Allah. Redha dengan ketentuanNya. Cepat atau lambat jodoh itu datang, semuanya urusan Allah.
Couple. Aku tak tau pasal couple. Tapi aku doa semoga aku tak bercouple. Sebab taaruf adalah lebih baik dan direstui Allah. Taaruf adalah berkenal-kenal dengan lebih lanjut tentang pasangan. Tak perlu dating, berjumpa ditemani dengan mahram seperti adik. Tak perlu bersalam-salam dengan lelaki itu. Itu dikira haram bagi Islam. Mata. Memang susah untuk dijaga. Sebab dari matalah turun ke hati. Tapi mata jangan kita renungkan kalau kita berperasaan kepada seseorang lelaki. Kerana apabila timbul satu perasaan itu dikira zina kecil iaitu zina mata dan mengakibatkan zina hati..nauzubillah...
Mungkin aku tidak layak untuk membicarakan seperti ini, tapi sekurang-kurangnya itu yang aku percaya. Semoga apa yang aku doakan selama ini termakbul…tetapkan hatiku kepadanya, begitu juga dirinya setelah aku jumpanya…..amin.
No comments:
Post a Comment