Sunday, April 18, 2010

takot.

salam, saya betul tidak sedap hati untuk menjalani minggu depan yang mencabarkan mental dan fizikal saya sebagai seorang pelajar. risau sungguh. berbagai2 cara telah saya cuba untuk menenangkan hati ni. tp hati ni akan kembali runsing sejurus saya melangkah ke dlm kolej semula. hati ini risau untuk paper2 yang akan datang termasuk praktikal yang rasanya xtercapai dek akal untuk membayangkannya. hati ni rindukan keluarga. hati ini teringat akan kematian. hati ini rindukan __. sukarnya untuk memujuk hati sendiri supaya menjadi tabah. sukarnya untuk memupuk kekuatan dalam diri ini. Ya Allah ya Rabbi, sesungguhnya hanya Kau yang tahu segala-galanya, apa yang tersirat, apa yang tersurat, apa yang aku rasa, apa yang akan terjadi dan segala hikmah dalam hidup ini. Aku tahu Kau tidak akan membebani diriku melebihi apa yang aku mampu, tapi tolonglah hambaMu yang lemah ini. Kuatkan aku untuk menjalani hari-hari yang mendatang. Permudahkan segala-galanya. Aku tawakkal kepadaMu atas apa yang akan terjadi. Semoga yang terbaik ya Allah. amin..

p/s: ikutkan hati, mau saja aku xhiraukan semua perasaan itu dan balik ke pangkuan keluarga. tapi tanggungjawab sebagai seorg anak, pelajar dan diri sendri menghalangku.

5 comments:

Eiykin Sshi said...

najwa!we must not give up!(gaye fazura lam pisau cukur)..hahahah....gud luck dear!kamu boleh!:D

Anonymous said...

be strong najwa...
u can do it bebeh...

Farah Najwa said...

tq syg2 sume.huhu. td paper ssh btol.

fairuz said...

najwa tahu x? kalau kite berdoa pada Allah supaya beri kekuatan pada diri kita... Allah akan beri ujian utk kita, tujuannya adalah utk menguatkan kita. Itulah cara Allah mentarbiyyah kita sambil menyuruh kita ingat kepadanya.

Sentiasalah yakin bahawa, apa pun dugaan dan rintangan yang di harungi dgn usaha dan tawakal..Allah maha berkuasa utk tentukan natijjahnya @ outcomes. Sesungguhnya, apa yang kamu terima pada saat ini adalah apa yang terbaik buatmu pada saat itu.

Farah Najwa said...

i miss those word fairuz, sme2 lah kte slg mengingati.teringta waktu ko comfortkan aku kat KMJ dulu. huhu..