Monday, August 2, 2010

nama kamu kah?

Namamukah yang tertulis di lauh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju ke syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agama?
Wahai Adam..
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawablah pertanyaanku ini.
Jawablah..

Ku tahu
Kau takkan mampu memberi jawapan pada ku..
Kerana jawapannya tiada dalam genggamanmu..
Tetapi di tanganNya.
Di tangan Tuhan kita; ALLAH
Tuhanku dan Tuhanmu

Gelisahku memikirkan dirimu
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku
Wahai Adam..
Maafkan aku..
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu

Jemput diriku pabila waktunya tiba
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia
Akan kucipta cinta bersama Dia
Sebelum kucipta cinta antara kita

Jadilah dirimu sang lebah yang hebat
Dan doakan aku agar menjadi mawar yang berduri lebat
mohon di jauhi nodaan kumbang mahupun si lalat

Sesungguhnya ALLAH takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu sayang..
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana ALLAH semata
Yakinlah!
ALLAH sedang melakar sesuatu yang lebih indah buat kita..

Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang sekarang (permulaan). Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karuniaNya kepadamu , lalu (hati) kamu menjadi puas. (Ad dhuha: 4-5)

Untuk itu, ku yakin
kau tinggalkan diriku buat sementara
membiar ku anyam rindu hanya padaNya

Sesungguhnya
aku bertawakal
kepada ALLAH Tuhanku dan Tuhanmu.

Tidak ada suatu binatang melata melainkan Dialah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
(ALLAH Maha Adil).(Hud: 56)

usah bersedih atas perpisahan sementara ini
jika benar diri ini tercipta dari rusuk kirimu
tiada apa yang dapat menghalangnya
sebelum saat itu tiba
berdoalah pada ALLAH moga diberi kekuatan
mohonlah padanya dengan penuh pengharapan..
Ameen..

p/s: credit to miss suci salsabila. a fb friend of mine.

2 comments:

nas aliff said...

ade tuju tuk sape2 ke puisi neh..

Farah Najwa said...

utk seseorg penyebab aku tulis blog ni.di bwh label zz.haha.